00:00Keuntungan bersih Akziata Grup Berhad susut kepada RM364.62 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Desember 2025 daripada RM946.82
00:13juta pada tahun kewangan sebelumnya berikutan penjualan dan susut nilai sekali sahaja.
00:19Syarikat telekomunikasi itu menjelaskan perolehan juga turun 6.3% kepada RM11.76 bilion daripada RM12.54 bilion bagi tempoh
00:31yang sama.
00:34Ia ekoran kesan terjemahan matawang asing yang kurang memberangsangkan susulan penyusutan matawang syarikat operasi berbanding ringgit.
00:43Bagi suku keempat berakhir 31 Desember 2025, kerugian bersih Akziata mengecil kepada RM38.68 juta daripada RM224.77 juta dalam
00:57tempoh sama 2024.
01:00Manakala perolehan meningkat kepada RM2.98 bilion daripada RM2.97 bilion.
01:07Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Vivek Sud berkata 2025 menjadi penutup bagi fasa penting dalam transformasi Aziata apabila
01:19pihaknya melengkapkan strategi Aziata 5 bintang 5 yang dilancarkan pada tahun 2023.
01:25Sepanjang tiga tahun lalu, kumpulan itu memperkukuh teras syarikat operasi, meningkatkan daya tahan kewangan dan memperkemas tumpuan strategik merentas pasaran.
01:37Pelaksanaan yang berdisiplin membolehkan Aziata meningkatkan prestasi aliran tunai dan meneguhkan kedudukan lembaran imbangan kumpulan.
Comments