00:00Maybank mencatat keuntungan bersih 10.51 bilion ringgit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025,
00:09meningkat 4.2% berbanding tahun sebelumnya.
00:13Peningkatan itu dipacu pertumbuhan pendapatan stabil, pengurusan kos berdisiplin dan kualiti aset kukuh.
00:21Keuntungan sebelum cukai PBT Maybank naik 4.6% kepada 14.33 bilion ringgit,
00:28manakala pendapatan operasi bersih meningkat 2.7% kepada 30.38 bilion ringgit.
00:37Menurut bank terbesar di Malaysia itu, pendapatan berasaskan dana bersih meningkat kepada 20.23 bilion ringgit
00:46dan pendapatan bukan faedah kepada 10.15 bilion ringgit, masing-masing meningkat 2.7% tahun ke tahun.
00:54Majin faedah bersih kekal stabil pada 2.05% walaupun terdapat pelarasan kadar di beberapa pasaran,
01:03manakala pulangan atas ekuiti meningkat kepada 11.7% berbanding 11.1% pada tahun sebelumnya.
01:12Pengurusan kos kekal menjadi keutamaan dengan nisbah kos kepada pendapatan bertambah baik kepada 48.8%
01:20walaupun perbelanjaan overheat meningkat 2.6%.
01:25Ia susulan pelarasan inflasi kos kaki tangan serta peningkatan fee berkaitan kad kredit,
01:32perbelanjaan teknologi maklumat dan kos pemasaran.
01:35Bagaimanapun, keuntungan operasi praperuntukan meningkat 2.8% kepada 15.54 bilion ringgit.
01:44Kualiti aset terus bertambah baik apabila peruntukan rosut nilai bersih menurun 10.1% kepada 1.48 bilion ringgit,
01:54sekaligus menurunkan kadar charge kredit bersih kepada 8 mata asas berbanding 26 mata asas sebelumnya.
02:01Bagi suku keempat tahun keuangan 2025,
02:06untung bersih meningkat 5.7% kepada 2.68 bilion ringgit,
02:11menekala PBT naik 9% kepada 3.72 bilion ringgit berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Comments