00:00Suspek melepaskan tembakan ke arah kenderaan Komanda Agensi Kawalan dan Pelindungan Sepadan Malaysia AKPS di Bukit Kayu Hitam Kedah semalam
00:09ditahan dalam tempoh kurang 24 jam.
00:12Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Safudin Nasution Ismail berkata, proses soal siasat terhadap suspek sudah dilakukan pada ketika ini.
00:19Insiden yang berlaku semalam di Bukit Kayu Hitam adalah merupakan satu insiden yang amat kita kesali tapi kita bersyukur kerana
00:30Komanda AKPS itu selamat ketika keluar awal pagi nak solat subuh, tembakan hanya kena pada kenderaannya tapi kita dah buat
00:39tangkapan, tak sampai 24 jam tangkapan dan sekarang sedang berlaku proses soal siasat.
00:46Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Muhammad Yusof tentang isu keselamatan pegawai pengatkuasa di sempadan
00:55susulan insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam.
00:59Semalam kereta dipandu SAC Muhammad Nasiruddin Muhammad Nasir ditembak pada 5.40 pagi disusur masuk Masjid Muhajirin, Bukit Kayu Hitam
01:09kira-kira 1km dari sempadan Malaysia, Thailand.
01:12Dua suspek menaiki sebuah motosikal melepaskan dua das tembakan dipercayai menggunakan senjata semi-automatik ke arah kenderaan mangsa.
Comments