00:00Seorang pengerusi madrasah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Alur Gajah pada Khamis atas pertuduhan cabul terhadap seorang wanita yang
00:09mengikuti kuliahnya tahun lalu.
00:12Tertuduh Muhammad Saleh Hamzah, 70 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Magistrat Dr. Teo Shu Yi sebaik pertuduhan dibacakan.
00:20Mengikut pertuduhan, lelaki yang dipanggil tuan guru dalam kalangan pengikutnya itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 46 tahun
00:30dengan niat hendak mencabul kehormatannya.
00:33Perbuatan itu dilakukan di sebuah vila di Pengkalan Balak, Masjid Tanah dalam daerah Alur Gajah pada 1 November lalu sekitar
00:41jam 9 pagi.
00:42Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyon 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana
00:53-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
00:57Peguam Muhammad Daniel Khairul Hizam yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana tertuduh yang merupakan guru agama perlu menanggung seorang
01:06isteri dan hanya bergantung kepada sumbangan orang awam sebagai penceramah.
01:10Tertuduh juga terpaksa menanggung kos rawatan kerana menghadapi masalah radang perut selain saraf.
01:17Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa.
01:23Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 April depan.
01:27Terima kasih telah menonton!
01:37Terima kasih telah menonton!
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments