00:00Kereta Api Tanah Melayu Berhad KTMB merekodkan lonjakan sehingga 102%
00:05dalam perkhidmatan penumpangnya sempena Aidilfitri bagi tempoh 17 hingga 29 Mac
00:10sekaligus mengukuhkan peranannya sebagai tulang belakang mobiliti rakyat
00:14dalam kenyataan pada rabu KTMB memaklumkan perkhidmatan train electric atau ETS
00:20mencatatkan 292,033 penumpang meningkat 109% berbanding tahun lepas.
00:30Lonjakan ini mencerminkan kepercayaan berterusan pengguna terhadap ETS sebagai pilihan utama
00:36bagi perjalanan jarak jauh lebih pantas, selesa dan efisien
00:40khususnya dalam menghadapi peningkatan trafik semasa musim perayaan.
00:45Selain itu, perkhidmatan Intercity iaitu Ekspres Rakyat Timuran ERT pula
00:50mencatatkan jumlah penumpang seramai 20,969 berbanding 14,039 penumpang pada 2025.
01:00menunjukkan peningkatan sebanyak 49%.
01:03KTMB turut memaklumkan tren ekspres Lambayan Aidilfitri ELA
01:09merekodkan 1,671 penumpang melalui enam perkhidmatan
01:14bagi laluan pantai timur dan utara sepanjang tempoh tersebut.
01:19Menurut kenyataan itu, keupayaan operasi tahun ini
01:21diperguguh melalui penggunaan sepenuhnya set tren ETS-3 baharu
01:26yang meningkatkan kapasiti tempat duduk serta kecekapan operasi.
01:32KTMB juga memperkenalkan perkhidmatan EMU+, khususnya bagi laluan KL Central Ipoh
01:38sekaligus membantu mengurangkan tekanan permintaan
01:41serta melancarkan aliran penumpang pada waktu puncak.
01:44Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Dato' Azlan Syah Al-Bakri berkata
01:50sebanyak 314,673 tiket berjaya dijual sepanjang tempoh itu
01:57bersamaan kadar 99.99%.
02:01Beliau berkata KTMB terus memberi penekanan kepada pemantauan operasi masa nyata,
02:08penyelenggaran aset dan langkah mitigasi
02:10bagi memastikan perkhidmatan kekal stabil ketika peningkatan pergerakan penumpang.
Comments