Skip to playerSkip to main content
Kes hasut isu KK Supermart: Papagomo bersalah, didenda RM4,000

Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim, Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati Wan Muhammad Azri, 43, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773431/berita/semasa/kes-hasut-isu-kk-supermart-papagomo-bersalah-didenda-rm4000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Papagomo #Mahkamah #KKSupermart #KesHasut
Transcript
00:01Blogger kontroversi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wanderis didenda RM4,000 oleh Mahkamah Session Kuala Lumpur pada Isnin
00:10atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dua tahun lalu.
00:19Hakim Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati Wan Muhammad Azri, 43 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
00:28Semasa membaca keputusan, Norma berkata setelah mengambil kira semua keterangan, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan tersebut.
00:38Semasa proseding, Peguam Muhammad Rafiq Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri merayu anak guamnya hanya dikenakan hukuman berbentuk denda
00:47tanpa pemenjaraan.
00:48Menurutnya, tertuduh sentiasa memberi kerjasama termasuk tidak pernah gagal melaporkan diri di balai polis sepanjang proseding ini berlangsung.
00:57Beliau berkata bapa kepada lima anak perempuan termasuk bongsu menghidap otizm.
01:03Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Muhammad Sabri Othman mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
01:10Beliau berkata tertuduh telah menghina menggunakan kata-kata kesat, bersifat menghina dan merendah-rendahkan agung.
01:17Pada 2 Mei 2024, dia yang juga bekas ex-co pemuda UMNO mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan membuat penerbitan
01:25menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermarkt & Superstore Sendirian Berhad yang menghadap Sultan Ibrahim di aplikasi ex-miliknya atas nama
01:35Sir Azri.
01:35Kesalahan didakwa dilakukan di seberah kondominium di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 12.30, 29 April 2024.
01:44Pertuduhan dibuat mengikut perenggan 4-1-C Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4-1 Akta Sama
01:55yang membawa hukuman maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
02:04Seramai tujuh saksi dipanggil memberi keterangan terhadap tertuduh dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan bermula Oktober 2024, sementara Wan Muhammad Azri
02:14merupakan saksi tunggal di peringkat pembelaan.
Comments

Recommended