00:00Seorang lelaki yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal melambung dan terjatuh di atas sebuah kereta
00:08didakwa di Mahkamah Magistrat Kelang pada Rabu, masing-masing satu pertuduhan membunuh dan kes dadah.
00:15Tertuduh R. Sakti Ganapati, 28 tahun, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan kes bunuh dibacakan di hadapan Magistrat A. Kartia ini.
00:25Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:33Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar, 33 tahun, di Jalan Raya Barat Kelang pada jam 11.47 pagi
00:4329 Mac lalu.
00:44Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika
00:55tidak dijatuhi hukuman gantung, handaklah disebat tidak kurang 12 kali.
01:00Dalam pada itu, dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengambil dadah disyaki jenis benzo dan tetrahidrokanabinol THC.
01:10Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang pada jam 3.30 petang, tarikh sama.
01:18Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15-1, Kurungan A Akta Dadah Berbahaya 1952.
01:25Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Comments