Skip to playerSkip to main content
BNM pantau impak konflik Asia Barat, gangguan minyak potensi jejas ekonomi

Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat yang semakin meruncing bagi memastikan Malaysia bersedia menghadapi cabaran mendatang tanpa mengabaikan keutamaan jangka panjang untuk meningkatkan prospek ekonomi dan mengekalkan daya tahan.

Menerusi sidang akhbar Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2025 pada Selasa, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ketegangan geopolitik di rantau itu boleh dengan pantas memberi kesan kepada pasaran tenaga global.

Bagaimanapun Bank Pusat itu menjelaskan, Malaysia kini berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/773633/bisnes/bnm-nilai-risiko-impak-ekonomi-daripada-konflik-asia-barat

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #BNM #Ekonomi #konflikAsiaBarat
Transcript
00:00Bank Negara Malaysia kini sedang menilai secara menyeluruh impak ekonomi daripada konflik di Asia Barat yang sedang meruncing kerana gangguan
00:09bekalan minyak yang berpanjangan dalam tempoh enam bulan akan datang, berpotensi menjejaskan prospek ekonomi negara.
00:17Menerusi sidang akhbar laporan tinjaman ekonomi dan moneteri 2025 pada selasa, Gubernur Bank Negara Malaysia BNM Datuk Seri Abdul Rashid
00:28Ghafur berkata ketegangan geopolitik di rantau itu boleh dengan pantas memberi kesan kepada pasaran tenaga global.
00:36Gangguan yang berlarutan mampu menyebabkan gangguan berterusan kepada trafik maritim, kerosakan berpanjangan kepada infrastruktur tenaga dan penutupan pengeluaran yang berpanjangan
00:48dalam kalangan pengeluar utama teluk.
00:52Situasi tersebut akan mengakibatkan harga minyak kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama, mengurangkan permintaan luaran dan menjejaskan perdagangan serta
01:01pertumbuhan global.
01:03Dalam senario berkenaan, BNM berkata kos tenaga dan kos input yang lebih tinggi akan meningkatkan kemungkinan berlakunya kesan pindahan kos
01:13yang lebih meluas kepada harga pengguna dalam negeri sekaligus menimbulkan risiko tekanan inflasi yang berlarutan.
01:21Bagaimanapun Bank Pusat itu menjelaskan, Malaysia kini berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan
01:31konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan
01:41luaran yang berdaya tahan.
01:43Kedudukan Malaysia sebagai pengekspor bersih tenaga turut memberikan sedikit perlindungan daripada rintangan luaran.
01:50Namun, BNM akan terus memantau dan berwaspada terhadap perkembangan yang pantas berubah dalam konflik tersebut serta bersiap sedia untuk memastikan
02:01dasar moneteri terus memberikan sokongan pada ekonomi sambil mengekalkan keadaan harga yang stabil.
02:07BNM berkata, impak keseluruhan terhadap Malaysia akan bergantung pada tempoh konflik ini berlangsung, tahap keseriusan gangguan dan sejauh mana konflik
02:19tersebut menjejaskan pengeluaran tenaga global dan rantaian logistik.
Comments

Recommended