00:00Dua peniaga mercun masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Magistrat Johor Baru pada Selasa
00:05atas pertuduhan CUAI mengendalikan bahan letupan dalam milikan mereka minggu lalu.
00:11Berdasarkan kertas pertuduhan, Osman Abu Qasim, 31 tahun, dan Muhammad Hussaini Ehsa, 36 tahun,
00:18didakwa bersama-sama dengan CUAI meninggalkan bahan letupan dengan tidak mematuhi jarak yang selamat
00:24antara bahan letupan dalam milikan mereka itu, iaitu sejumlah mercun dalam gerai bunga api
00:29dengan bahan api yang terkandung dalam kenderaan-kenderaan yang diparkir berhampiran dengan jalan berkenaan.
00:35Perbuatan itu adalah memadai dalam menghindarkan kebahayaan yang munasabah kepada nyawa manusia akibat bahan letupan itu.
00:43Bagi perbuatan yang didakwa dilakukan di Majidi Corner, Jalan Bunga Kemboja Majideh, Kampung Sulaiman Menteri, Majideh Johor Baru,
00:51kira-kira jam 8.20 malam, 23 Mac lalu.
00:54Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama
01:01yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:09Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda berkenaan kepada setiap tertuduh
01:13dan jika gagal bayar, mereka boleh dipenjara selama empat bulan.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments