Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30‑an kerugian RM233,950 selepas terpedaya dengan skim pelaburan saham dalam talian tidak wujud. Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan mangsa diperdaya sindiket melalui laman sesawang dan kumpulan WhatsApp yang memaparkan pulangan pelaburan tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki tempatan yang berusia lingkungan 30-an terpaksa berputih mata selepas kerugian lebih RM233,000 dalam pelaburan saham dalam
00:09talian yang tidak wujud pada Oktober tahun lalu.
00:12Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Tariq Rahmiri ACP Mohd Farhan Li Abdullah,
00:17mengisi satu kenyataan rasmi yang turut memaklumkan lelaki terbabit menjadi mangsa jerat penipuan dalam talian selepas tertarik dengan skim pelaburan
00:25ketika melayari sebuah laman sesawang.
00:30Menurut Mohd Farhan, mangsa diminta membuka akaun bagi urusan pelaburan saham dalam talian dan diperdaya dengan tawaran keuntungan tinggi yang
00:39dipaparkan dalam kumpulan WhatsApp sindiket itu.
00:43Difahamkan mangsa pada mulanya melabur RM100 dan menerima pulangan RM700 yang dimasukkan ke dalam akaunnya.
00:51Keuntungan itu sekaligus menyebabkan mangsa membuat pelaburan tambahan dalam jumlah lebih besar kerana dijanjikan pulangan berganda.
01:00Susulan itu mangsa seterusnya membuat 27 transaksi pembayaran ke 21 akaun bank berbeza sebelum menyedari dirinya ditipu apabila suspek terus
01:10meminta bayaran tambahan sedangkan keuntungan yang dijanjikan tidak pernah diterima.
01:15Mohd Farhan berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana menipu.
01:24Sementara itu beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan
01:32keuntungan luar biasa.
01:33Selain itu orang awam juga disaran membuat semakan di Laman Sesawang Bank Negara Malaysia dan Seruan Jaya Sekuriti Malaysia selain
01:42menghubungi pusat respon skam kebangsaan melalui talian 997 jika menjadi mangsa penipuan.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended