Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Tawau menjadi daerah baharu di Sabah yang dilanda banjir selepas Kota Marudu, Pitas dan Paitan.

Berdasarkan maklumat dalam laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat jam 3 petang ini, 2,390 mangsa daripada 1,147 keluarga berada di 15 Pusat Pemindahan Sementara.

Bersama Wakil Astro AWANI di Tawau, Petrus Bernard, untuk mendapatkan perkembangan lanjut.
Transcript
00:00Tawau menjadi daerah baru di Sabah yang dilanda banjir selepas Kota Marudu, Pitas dan juga Paitan.
00:07Berdasarkan maklumat dalam laman web info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat,
00:12setakat jam 3 petang tadi, lebih 2,300 mangsa daripada lebih 1,100 keluarga
00:18berada di 15 pusat pemindahan sementara PPS yang berada di Sabah.
00:24Untuk mendapatkan perkembangan lanjut, kita terus saja bersama Wakil Astro Awani
00:28yang berada di Tawau, Petrus Benat.
00:30Petrus, pertama sekali, apa agaknya situasi di sana pada ketika ini
00:34dan juga bagaimana cuaca pada ketika ini, Petrus?
00:38Salam sejahtera kepada semua yang sedang mengikuti perkembangan daripada Astro Awani
00:45dan saya kini sedang berada di Tawau dan keadaan cuaca pada saat ini cerah.
00:54Tidak ada tanda-tanda hujan tapi biasanya seperti hari-hari sebelumnya di waktu petang,
01:03awan akan mula berkumpul dan mendunglah.
01:10Pada Petrus, Petrus difahamkan membuat tinjauan di PPS di sebelah tengah hari tadi.
01:17Jadi mungkin Petrus boleh menceritakan bagaimana keadaan PPS
01:20dan juga melihat kepada bantuan-bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir pada ketika ini.
01:25Ya, Jasmin. Saya sempat tadi melawat pusat pemindahan sementara PPS Kompleks Sukantawau
01:34di Dewan Serba Gunah di sana
01:37dan Jabatan Kebajikan Masyarakat membuka 55 kema
01:45yaitu untuk 55 ketua isi rumah atau 55 keluarga
01:53untuk menempatkan mereka dengan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan semalam seramai 247.
02:01Dan daripada jumlah itu terdapat 12 warga emas, 77 kanak-kanak dan bayi 7 orang
02:10dan OKIU, orang kurang upaya ada dua orang.
02:15Dan difahamkan sejak dibuka, diaktifkan semalam PPS ini
02:24waktu memenangkan sekarang ketika ini adalah bulan Ramadhan
02:28yaitu musim berpuasa jadi untuk sahur mereka
02:33keseluruhan mangsa itu dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
02:38dan saya ada cakap-cakap dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
02:44saya tanya berapa hari mangsa akan ditempatkan di sini
02:48katanya mengikut prosedur tiga harilah
02:52dan bagaimanapun akan melihat kepada situasi dan keadaan
02:57sama ada mereka dibenarkan pulang awal
02:59ataupun sebaliknya sekiranya malam ini hujan berterusan lagi
03:06seperti yang berlaku semalam Jasmin.
03:08Baiklah Petrus, melihat kepada mungkin ada ramalan kaji cuaca
03:13daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, MAP Malaysia
03:15jika berlakunya hujan dan sebagainya
03:17adakah langkah-langkah awal dilakukan oleh pihak bomba
03:21dan pihak berkuasa tempatan lain bagi memastikan
03:23keselamatan penduduk yang berada di Tawau
03:25supaya tidak berlaku sebarang musibah yang tidak dikini?
03:29Petrus?
03:30Ya Jasmin, setiap kali bila keadaan sudah mulai gelap dan hujan mulai turun
03:37pasukan bomba dan penyelamat dan juga angkatan pertahanan awam Malaysia
03:44akan keluar memang tahu setiap kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan hotspot
03:53banjir kilat, kalau mungkin saya sebutkan
03:56iaitu kawasan Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Kampung Ranggu, Kampung Sadani
04:03Batu Dua Jalan Apas dan juga Taman Setia
04:07kawasan Fujimat, beberapa buah taman di sana ini
04:10yang sering kali dilanda banjir kilat
04:15setiap kali berlakunya hujan lebat yang berpanjangan Jasmin
04:19Baiklah Petrus, terima kasih atas perkembangan Petrus daripada Tawau itu
04:24kita melihat kepada perkembangan lanjutnya
04:27kita akan bawakan di buletin-buletin awal ini akan datang
04:30Terima kasih Petrus
04:31Terima kasih
Comments

Recommended