00:00Kita akan beralih kepada laporan seterusnya di mana kerugian kes penipuan Love Scam dalam tempoh sebulan pada Januari tahun ini
00:07merekodkan kerugian RM35 juta.
00:10Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Ruzdi Muhammad Isa berkata,
00:15berdasarkan analisis perbandingan statistik, sebanyak 100 kes penipuan Love Scam dilaporkan pada Januari lalu berbanding 95 kes pada Januari 2025.
00:26Menurut Ruzdi, jumlah kerugian RM35 juta yang direkodkan pada Januari lalu menunjukkan penurunan sebanyak 27% berbanding jumlah kerugian RM49
00:37juta pada Januari 2025.
00:41Tambahnya, golongan wanita terus menjadi mangsa teramai, membabitkan 60% daripada jumlah kes manakala 40% lagi adalah lelaki.
00:49Jelasnya, sebanyak 72% mangsa penipuan Love Scam ini terdiri daripada mereka yang berusia di antara 30 hingga 50 tahun.
00:58Dan beliau menasihatkan orang ramai agar setiasa berhati-hati dengan taktik kes penipuan.
01:03Katanya sekiranya tidak pasti, orang ramai boleh semak di portal semak mule PDRM.
01:09Terima kasih kerana menonton!
Comments