Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Indeks kadar pertukaran efektif sebenar yen susut ke paras terendah sejak 1973, mencerminkan cabaran struktur ekonomi Jepun termasuk pertumbuhan perlahan dan kadar faedah rendah yang terus menekan kuasa beli mata wang itu.
Transcript
00:00Nilai Yen Jepun terus menunjukkan kelemahan apabila indeks kadar pertukaran efektif sebenar, mata wang itu jatuh ke paras terendah dalam
00:09tempoh 53 tahun.
00:11Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank for International Settlement pada Jumaat, indeks kadar pertukaran efektif sebenar Yen pada Januari tahun
00:20ini merosot kepada 67.73.
00:23Ia merupakan paras terendah sejak Jepun mengamalkan sistem kadar pertukaran terapung pada 1973.
00:30Indeks ini merupakan petunjuk penting yang mengukur kuasa beli sebenar, sesuatu mata wang serta daya saingnya di peringkat antarabangsa.
00:39Penganalisis berkata, kelemahan berterusan Yen mencerminkan cabaran struktur ekonomi Jepun yang telah lama dihadapi negara itu.
00:47Pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta kadar faedah yang kekal rendah terus memberi tekanan ke bawah terhadap nilai sebenar Yen.
00:56Situasi ini juga menunjukkan kuasa beli mata wang Jepun semakin menyusut dalam pasaran global.
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended