00:00Presiden Iran Masud Pazeskian menegaskan bahawa negara itu tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa ketika rundingan nuklear dengan Amerika Syarikat
00:09terus berlangsung.
00:11Berucap pada satu majlis penghargaan untuk pasukan paralimpik Iran, Pazeskian berkata kuasa-kuasa dunia sedang berusaha mengenakan tekanan berterusan terhadap
00:21Tehran, namun Iran tetap berpendirian tegas.
00:26Presiden Iran menuduh kuasa-kuasa dunia bertindak secara tidak berprinsip dalam usaha memaksa Tehran tunduk.
00:33Menurut beliau, tekanan yang dikenakan tidak akan melemahkan semangat rakyat atau pemerintah Iran.
01:04Kenyataan ini dibuat ketika rundingan nuklear antara Iran dan Amerika Syarikat berada pada fasa sensitif dengan kedua-dua pihak bergelut
01:11mencari titik persetujuan terhadap program nuklear Iran serta pengurangan sekatan ekonomi.
01:17Pazeskian menekankan bahawa Iran akan terus mempertahankan kedaulatannya dan tidak akan membiarkan tekanan luar menjejaskan kepentingan nasional.
Comments