00:00Bertemu kembali, jumlah terkini mangsa banjir di Sabah tidak menunjukkan banyak perubahan dengan Sarawak menjadi negeri terbaru dilanda banjir setakat
00:096 pagi Ahad.
00:10Sebanyak 17 buah pusat pemindahan sementara PPS dibuka di kedua-dua negeri bagi menempatkan keseluruhan mangsa seramai 3,359 orang
00:20meliputi 1,766 keluarga.
00:23Di Sabah, Pitas kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi di negeri itu dengan 2,084 mangsa daripada 1,049 keluarga ditempatkan
00:33di 11 buah PPS yang dibuka.
00:36Manakala di Kota Marudu tidak banyak perubahan jumlah mangsa berbanding pada hari Sabtu dengan jumlah ketika ini adalah seramai 1
00:43,210 orang yang ditempatkan di 4 buah PPS.
00:48Empat PPS yang dibuka termasuk SMK Tandek, SMK Tandek 2, Sekolah Kebangsaan Teritipan dan SMK Bandau.
00:57Sementara itu, Sarawak menjadi negeri terbaru dilanda banjir yang menjejaskan kawasan di daerah Kuching.
01:02Namun, hanya satu buah PPS dibuka ketika ini bagi menempatkan 65 mangsa daripada 18 buah keluarga.
01:10Dalam pada itu, beberapa kawasan dan taman perumahan disandarkan turut dilaporkan terjejas banjir termasuk Kampung Pangeran, Taman Fajar dan Taman
01:19Merpati.
01:20Selain kejadian, jalan utama dinaiki air dan pokok tumbang juga dilaporkan berlaku.
01:26Jelasnya, operasi pemantauan berkala akan dijalankan dari semasa ke semasa termasuk di beberapa kawasan berisiko banjir di Telupit.
Comments