00:00Bekas Kapten Brazil Neymar menyatakan kemungkinan akan menamatkan karriernya pada penghujung tahun ini.
00:06Bekas penyerang Barcelona itu kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya Santos pada Januari tahun lalu selepas meninggalkan kelab Arab Saudi
00:13Al-Hilal.
00:16Penyerang berusia 34 tahun itu dalam temubual bersama saluran dalam talian Brazil berkata,
00:22dia mungkin akan bersara apabila Desember tiba dan kini memilih menjalani hidupnya dari tahun ke tahun.
00:28Neymar yang baru-baru ini menjalani pembedahan lutut telah menjaringkan 79 gol untuk Brazil.
00:34Ia adalah jumlah tertinggi dalam sejarah pasukan itu.
00:37Namun dia tidak lagi beraksi bersama skuad kebangsaan sejak Oktober 2023 apabila mengalami kecederaan lutut serius ketika menentang Uruguay.
00:47Sepanjang karriar gemilangnya, Neymar telah meraih pelbagai kejayaan di peringkat kelab dan antarabangsa.
00:52Ini termasuk membantu Santos FC menjuarai Liga Brazil dan menjadi tonggak skuad kebangsaan Brazil yang menjuarai Sukan Olimpik 2016 serta
01:01Copa America 2013.
01:03Rekod ini menjadikan Neymar salah seorang penyerang paling prolifik dan dihormati dalam sejarah bola sepak Brazil.
01:09Terima kasih telah menonton!
Comments