00:00Sementara itu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun pada Sabtu di Barcelona bagi mendesak campur tangan ketenteraan AS di negara bergolak Iran.
00:10Menurut laporan dikeluarkan agensi antarabangsa, tunjuk perasaan itu berlaku susulan kenyataan Menteri Luar Iran
00:17yang memaklumkan bahawa Tehran dijangka mengemukakan draft cadangan balas selepas rundingan nuklear bersama AS berlangsung pada minggu ini.
00:28Selain itu, Presiden Donald Trump turut mempertimbangkan serangan ketenteraan berskala kecil ke atas Iran.
00:34Walau bagaimanpun, Trump memberi tempoh antara 10 hingga 15 hari kepada Tehran untuk mencapai persetujuan untuk menyelesaikan pertikaian nuklear yang
00:44berlarutan atau berdepan perkara buruk.
00:46Kenyataan Trump ini hadir susulan peningkatan aktiviti ketenteraan AS di Asia Barat yang mencetuskan kebimbangan konflik lebih besar.
00:54Difahamkan sebahagian besar penunjuk perasaan merupakan rakyat Iran yang menetap di luar negara.
01:00Kumpulan ini meminta bantuan ketenteraan AS bagi melindungi rakyat Iran daripada apa yang mereka sifatkan sebagai rejim ganas.
01:09Sementara itu, kumpulan berpangkalan di AS, Hirana yang bertindak memantau situasi hak asasi manusia di Iran, merekodkan 7,114 kematian
01:19yang telah disahkan selain 11,700 lagi kes yang sedang dalam semakan.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments