00:00Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 50 lagi cedera dalam serangan udara terbaru Israel ke atas Lubnan yang sekaligus telah
00:08menyebabkan beberapa bangunan dan kenderaan rosak di Lembah Beka pada Jumaat.
00:14Kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera Israel memaklumkan bahawa serangan udara tersebut menyasarkan kedudukan Hezbollah di daerah tersebut.
00:24Selain itu, laporan antarabangsa menyebut bahawa serangan ini adalah yang paling dahsyat di Timur Lubnan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
00:33Tindakan Israel itu sekaligus mencetuskan ketegangan baru terhadap gencata senjata yang ditaja Amerika Syarikat antara Israel dan Hezbollah yang sebelum
00:43ini sudah tegang akibat dawaan pelanggaran berulang.
00:46Dalam pandi itu, tentera Israel mendakwa mereka turut mengebom beberapa pusat komandu Hezbollah di wilayah Balbek yang dikenalpasti sebagai lokasi
00:55pengoperasian rangkaian peluru berpandu kumpulan itu.
00:58Israel turut mendakwa pihaknya berjaya menghapuskan beberapa anggota Hezbollah yang terlibat dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan kumpulan tersebut dan didakwa sedang
01:07merancang serangan terhadap Israel.
01:09Sementara itu, Hezbollah mengesahkan lapan anggotanya termasuk seorang komanda Hussein Muhammad Yagi terkorban dalam serangan itu.
01:17Israel dan Hezbollah sebelum ini bersetuju dengan gencata senjata yang ditaja Amerika Syarikat pada 2024 bagi menamatkan pertempuran rentas sempadan
01:26lebih setahun yang berpunca daripada siri serangan Israel terhadap kumpulan yang disokong Iran itu.
01:33Namun, kedua-dua pihak terus saling menuduh melanggar perjanjian tersebut.
01:37Dalam perkembangan sama, Presiden Lubnan Joseph Aoun mengecam serangan udara Israel itu sebagai pelanggaran baru terhadap kedaulatan negara tersebut serta
01:47pencabulan terhadap obligasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu PBB.
01:52Beliau turut menggesa negara-negara yang menyokong kestabilan serantau termasuk Amerika Syarikat untuk menekan Israel menghentikan serangan bagi mengelakkan eskalasi
02:02lebih besar.
Comments