00:00Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin berkata parti itu sentiasa membuka pintu kepada ahli dan pemimpin bersatu untuk
00:08kembali demi perkukuh dan memperkuat perpaduan orang Melayu.
00:12Mohamad Khalid berkata sebagai pengurusi jawatan kuasa Penyatuan Rumah Bangsa, beliau berbesar hati menerima permohonan mereka selain menegaskan tiada keperluan
00:21untuk sebuah lagi parti baru diwujudkan.
00:25Jelasnya adalah satu yang tidak menguntungkan Melayu jika orang Melayu sesama sendiri terus berpecah.
00:32Katanya semua pihak perlu terus bersama-sama dalam satu wadah untuk memperjuang dan memastikan Melayu terus kuat berdepan pelbagai cabaran.
00:42Beliau berkata walaupun ada pihak berpandangan ketika ini adalah masa yang sesuai untuk pilihan raya umum atau pilihan raya negeri
00:50diadakan,
00:51tetapi perkara itu terpulang kepada kepimpinan parti untuk menilai serta menimbang semua faktor sebelum mengambil keputusan.
00:59Mohamad Khalid yang juga Menteri Pertahanan berkata kemelut dalaman bersatu jelas menggambarkan bagaimana rapuhnya parti serpihan UMNO itu dan keadaan
01:09tersebut menjejaskan kestabilan Perikatan Nasional.
01:12Sebelum ini bersatu memecat 12 ahlinya termasuk beberapa pemimpin tertinggi serta 4 ahli parlimen dan 2 ahli Dewan Undangan Negeri
01:22Adun kerana melanggar perlembagaan parti.
01:25Mereka masih berhak mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari.
01:29Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments