Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri UK, Sir Keir Starmer, ketika diminta mengulas, menegaskan bahawa tiada sesiapa yang kebal daripada undang‑undang dan siasatan mesti dibiarkan berjalan tanpa campur tangan kerajaan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis United Kingdom UK menahan adik kepada Raja Charles III, Andrew Mountbatten, Windsor pada Khamis kerana disyaki terlibat dalam salah
00:07laku perkhidmatan awam.
00:09Dalam satu kenyataan, polis berkata mereka sedang menyiasat dawaan bahawa Andrew menghantar laporan perdagangan kepada pesalah seksual yang disabitkan Jeffrey
00:18Epstein pada 2010.
00:24Tambah kenyataan itu, selepas penilaian menyeluruh dicalankan, pihaknya kini telah membuka siasatan berhubung dawaan salah laku ketika memegang jawatan awam.
00:33Selain itu, kata polis adalah penting untuk pihaknya melindungi integriti siasatan berkenaan ketika bekerjasama dengan rakan-rakan pihak berkuasa lain
00:41untuk menyiasat kesalahan yang didakwa itu.
00:43Walaupun nama tidak didedahkan selaras garis panduan UK, beberapa media termasuk ABC, BBC News dan The Independent mengesahkan individu tersebut
00:54ialah Andrew.
00:56Penahanan dilakukan selepas fail siasatan kerajaan AS mendedahkan kemungkinan Andrew menyerahkan maklumat sensitif kerajaan kepada pesalah seks Jeffrey Epstein ketika
01:07berkhidmat sebagai wakil khas perdagangan dan pelaburan UK.
01:11Pendedahan itu membawa kepada semakan rasmi polis terhadap dawaan salah guna kuasa.
01:17Perdana Menteri UK, Sir K. Stama ketika diminta mengulas menegaskan,
01:21tiada sesiapa kebal daripada undang-undang dan siasatan mesti dibiarkan berjalan tanpa campur tangan kerajaan.
01:29Andrew sebelum ini dilucutkan gelaran diraja pada 2025, susulan hubungan rapatnya dengan Epstein.
01:35Beliau pernah menafikan semua tuduhan salah laku namun tidak memberikan komen terkini selepas penemuan baharu itu.
Comments

Recommended