00:00Kali Parlimen Macang, Wan Ahmad Faisal, Wan Ahmad Kamal mengesahkan telah menarik balik permohonan rayuannya terhadap notis penggantungan keahlian dalam
00:08bersatu.
00:09Menurut si kenyataan yang disiarkan dalam Facebook, Wan Ahmad Faisal memaklumkan tidak lagi berminat untuk meneruskan proses rayuan berkenaan.
00:17Wan Ahmad Faisal menjelaskan penarikan itu merujuk kepada surat permohonan rayuannya kepada Lembaga Disiplin Bersatu bertarikh 24 Disember 2025
00:27serta proseding rayuan yang telah dijalankan pada 3 Februari 2026 di Ibu Pejabat Bersatu.
00:35Tambahnya keputusan tersebut dibuat selepas hilang kepercayaan terhadap matlamat perjuangan parti itu selain mendakwa wujud kelemahan dalam amalan urus takbir
00:45yang baik dan adil dalam parti berkenaan.
00:48Datuk Sri Hamzah Zainuddin serta Wan Ahmad Faisal merupakan antara 17 pimpinan bersatu yang dipecat pada 13 Februari lalu.
00:56Wan Ahmad Faisal menyifatkan pemecatan itu sebagai tindakan penyikiran beramai-ramai.
01:02Tegasnya tindakan tersebut dilakukan oleh pihak yang merasakan kedudukan mereka tergugat dengan kewujudan kumpulan lain dalam parti yang turut sama
01:11membangunkan parti itu.
01:13Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Azharun serta seluruh pasukan Lembaga Rayuan Bersatu
01:21atas kesediaan memberikan ruang kepada proses keadilan dijalankan mengikut prinsip keadilan asasi.
01:28Dalam kandungan kenyataan rasmi itu, beliau turut mendoakan agar lembaga itu terus berpegang kepada prinsip sama.
Comments