00:00Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik BSPK, ibu
00:11pejabat polis daerah Marang, tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RXZ yang mengalami kerosakan sejauh
00:213km.
00:21Sarjan Yufaiza Azhar Yunus, 41 tahun, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 setengah petang pada Isnin di Jalan Marang,
00:30Bukit Payung, Bukit Kor, berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
00:36Menurutnya, ketika beliau bersama rakan setugas, Kopral Wan Muhammad Fazrin Wan Nasir, 38 tahun, sedang melakukan rondaan mencegah kemalangan dan
00:45melancarkan kesesakan lalu lintas.
00:47Beliau berkata, ketika melalui lokasi berkenaan, mereka terlihat seorang penunggang motosikal tersadai di bahu jalan selepas kenderaan itu gagal dihidupkan.
00:58Jelasnya, penunggang motosikal itu agak takut kerana motosikal yang ditunggangnya rosak dan tidak cukup sifat sebaik mereka hampiri penunggang itu
01:06nabun atas dasar perikemanusiaan mereka cuba membantu sebaik mungkin.
01:11Kata Yufaiza, selepas mendapati motosikal milik lelaki itu tidak dapat dihidupkan, mereka berdua kemudian menundanya ke lokasi lebih selamat, kira
01:21-kira 3km dari lokasi terbabit.
01:24Katanya, langkah tersebut diambil bagi memastikan keselamatan penunggang berkenaan memandangkan lokasi kejadian agak sibuk dan boleh mengundang kejadian tidak diingini.
01:33Pada Isnin, tular di media sosial tindakan dua anggota polis membantu seorang penunggang motosikal yang mengalami kerosakan meskipun motosikal tersebut
01:42dilihat tidak mempunyai nombor pendaftaran, cermin sisi dan menggunakan eksos diubah suai.
01:48Terima kasih telah menonton!
Comments