00:00Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Johor Bahru pada Jumaat atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kenderaan
00:08e-hailing dipandunya awal bulan ini.
00:12Tertuduh Alvin Chu Chihong, 26 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret A. Sharmini.
00:20Berdasarkan kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang wanita warga asing dengan niat hendak mencabul
00:30kehormatan dengan cara memegang tiga anggota badan wanita itu.
00:34Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam kereta Perdua Beza antara Kedai Emas Ros Merah Jalan Harimau Tarum Taman Century dan RNF
00:43Princess Cove Jalan Tanjung Puteri 1 Tanjung Puteri Johor Bahru antara jam 5.30 hingga 6 petang 1 Februari lalu.
00:52Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 13 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi
01:03serahan dokumen.
01:04Sebelum ini, Polis Johor mengesahkan telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun berhubung kes cabul kehormatan terhadap seorang wanita
01:13warga Vietnam yang tular menerusi video di media sosial.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments