00:00Siasatan untuk mengenalpasti punca nahas pesawat Air India dijangka tidak dapat disiapkan sebelum tarikh akhir Jumat ini kerana pemeriksaan enjin
00:09pesawat Boeing 787 di Amerika Syarikat masih belum selesai.
00:13Biro Siasatan Kemalangan Pesawat India, AAIB dijangka mengeluarkan laporan status minggu ini bagi menjelaskan kelewatan siasatan berkenaan.
00:23Laporan akhir dijangka siap dalam tempoh tiga bulan selepas pemeriksaan terhadap enjin GE Aerospace di Amerika selesai dijalankan.
00:31Pemeriksaan itu dilakukan di Amerika Syarikat kerana hanya beberapa pusat di dunia mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk membuka serta menganalisis
00:39enjin pesawat itu.
00:40Pesawat Air India dalam penerbangan ke London itu terhempas sejurus selepas berlepas dari Ahmedabad pada 12 Jun 2005 mengorbankan 260
00:49orang dalam tragedi penerbangan paling buruk dalam tempoh sedekat.
00:53Sebelum ini, Reuters melaporkan siasatan berkemungkinan hanya menghasilkan laporan awal kerana kes ini terlalu kompleks untuk disiapkan dalam tempoh setahun.
01:02Mengikut peraturan antarabangsa, laporan akhir siasatan perlu dikeluarkan dalam tempoh setahun selepas sesuatu nahas.
01:08Jika belum siap, laporan kemajuan perlu dikeluarkan setiap tahun.
01:12AAIB, Kementerian Penerbangan India, Air India, Boeing dan GE Aerospace masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai perkembangan terbaru itu.
Comments