Skip to playerSkip to main content
Buka pintu terus nampak kubur

Berkeluasan 7.3 hektar dan panjang kira-kira dua kilometer, Tanah Perkuburan Islam Banggol, Kota Bharu yang dipercayai berusia ratusan tahun sering dijolokkan sebagai tanah perkuburan terpanjang di Asia Tenggara.

Namun dalam kalangan penduduk setempat, kawasan itu lebih dikenali sebagai Tanah Perkuburan Cik Siti Wan Kembang berdasarkan kepercayaan dan cerita turun-temurun orang lama yang menyatakan terdapat makam Cik Siti Wan Kembang di situ.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766323/edisi/kelantan/buka-pintu-terus-nampak-kubur

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Muzik: Creative Minds dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kubur #TanahPerkuburanIslamBanggol
Transcript
00:00Berkeluasan 7.3 hektare dan panjang kira-kira 2 km, tanah perkuburan Islam Banggol di Kota Baru yang berusia ratusan tahun itu diberi colokan tanah perkuburan terpanjang di Asia Tenggara.
00:14Bagaimanapun dalam kalangan penduduk setempat ia dikenali sebagai tanah perkuburan Cik Siti Wang Kembang berdasarkan kepercayaan dan cerita turun-temurun orang lama yang menyatakan terdapat makam Cik Siti Wang Kembang di kawasan berkenaan.
00:30Kubur di sini dianggap unik dan sering menjadi perhatian ramai kerana ia bukan sahaja diwakafkan kepada orang ramai seluas 4.9 hektare di bawah pengurusan rasmi Majlis Agam Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Maik tetapi turut terdapat tanah perkuburan milik persendirian kira-kira 2.4 hektare.
00:51Orang ramai boleh melihat sendiri tanah perkuburan milik persendirian lengkap berpagar setihasan tanaman dijaga oleh penjaga yang diupah khas.
01:01Menurut Imam Tua Masjid Sultan Ismail Petra, Muhammad Ammar Azlan, tanah perkuburan tersebut dimiliki oleh ratusan keluarga dan dijaga dengan baik oleh pemilik masing-masing.
01:12Kawasan berkenaan siap berpagar, mempunyai petak tersendiri setenama pemilik, malah terdapat kubur yang terletak berhampiran kediaman penduduk.
01:22Ada rumah yang betul-betul bersebelahan dengan kubur, buka saja pintu rumah memang jelas kelihatan besar.
01:28Penduduk sini sudah membesar dalam susana itu dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.
01:35Mengulas takwaan gelaran terpanjang di asal Tenggara, beliau memberitahu itu adalah colokan yang diberikan oleh masyarakat umum apabila tanah perkuburan di sini bukan sahaja dikunjungi oleh petunduk setempat tetapi dari dalam dan luar negara.
01:49Ini kerana tanah perkuburan di bawah pengurusan Masjid Sultan Ismail Petra, mukim banggu itu, turut menjadi lokasi bersemadian ramai tokoh ulamat besar Kelantan.
02:00Antara yang dikebumikan di sini ialah bekas mufti Kelantan, Allahyarham Dato' Ahmad Mahi, Allahyarham Dato' Muhammad Nur Ibrahim serta Allahyarham Abdul Samad Muhammad Saleh atau lebih dikenali sebagai Tuan Tabal iaitu guru kepada Tok Kenali, ulamat terkenal negeri ini.
02:18Tanah perkuburan ini dipercayai telah wujud sejak ratusan tahun lalu.
02:22Kepercaya itu disokong oleh cerita penduduk berusia sekitar 80 tahun yang menyatakan ketika mereka berumur 10 tahun, tanah perkuburan tersebut sudah pun dianggap berusia ratusan tahun.
02:34Selain keluasan, usia serta sejarah, terdapat satu lagi perkara yang sering menimbulkan rasa kagum dan keisafan dalam kalangan mereka yang terlibat secara langsung menguruskan kawasan perkuburan tersebut.
02:49Okey, di kubur banggo ini, kalau kita tengok hampir ribuan mayak-mayak yang telah dikebumikan di kubur banggo.
02:57Jadi, di sini banyaklah antara sepengalaman saya 10 tahun duduk menguruskan kubur banggo ini, banyak kita tengok di antaranya adalah keistimewaan orang yang meninggal.
03:06Yang mana kita tengok antara orang soleh ni, mayak dia yang tidak acu jasad dia walaupun puluh tahun dah meninggal dunia.
03:14Dia benda ni turut berlaku di kubur banggo ni.
03:18Jadi, sepanjang saya bertahun 10 tahun dah saya bertugas, lebih dah 10 mayak.
03:22Kita boleh jumpa, kita boleh tengok apabila mayak tu kubur kita nak gali, kita nak tani jenazah baru dekat keluarga dia.
03:29Jadi, kita gali-gali jumpalah kain kapeh, Tok Acu, mayak pun Tok Acu lagi yang menunjukkan satu kebesaran Allah SWT lah.
03:37Jadi, apabila kita selidik dengan anak cucu dia, siapa dia ni?
03:39Namun sikit-sikit mati sini, nak tani dekat keluarga ni?
03:42Dia pun ajak lah, ni, Tok dia gini.
03:44Biasanya, ok, Hafiz Quran, Tok Guru Quran, Tok Guru duduk dengan Jepang, duduk, gitulah.
03:49Walaupun kita tengok, di belinda dia tu, puluh tahun dah mati.
03:53Tapi, Allah memuliakan jasad dia sehinggalah tak acu jasad dia ni.
Comments

Recommended