00:00Seramai 10 orang kena tuduh OKT cedera selepas lori Black Maria yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbalik di simpang empat lampu isyarat Jalan Seremban-Tampin berhampiran Pekan Rembau pada Selasa.
00:13Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintenden Azmi Ali berkata kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan yang dalam perjalanan dari penjara Seremban menuju ke Mahkamah Rembau.
00:26Menurutnya OKT yang cedera telah dibawa ke Hospital Rembau dengan ambulans bersama dua anggota pengiring dan eskot MPV untuk rawatan lanjut.
00:36Ujar Azmi susulan kejadian berkenaan, cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis IPD Rembau dan trafik IPD Rembau hadir ke tempat kejadian untuk memberi bantuan awal.
Comments