Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Rundingan Iran dan Amerika Syarikat di Islamabad kini memasuki peringkat teknikal dengan penglibatan jawatankuasa pakar melibatkan ekonomi, tentera, perundangan dan nuklear. Fokus utama termasuk pelepasan aset Iran yang dibekukan serta perkembangan situasi di Lubnan, di tengah gencatan senjata dua minggu yang rapuh.
Transcript
00:00Dalam perkembangan sama, rundingan antara Iran dan Amerika di Islamabad kini memasuki peringkat pakar melibatkan jawatan kuasa ekonomi, tentera perundangan
00:09dan nuklear.
00:10Dalam hantaran di platform Media Social X, kerajaan Iran memaklumkan fasa terkini rundingan itu adalah susulan kemajuan awal yang dicapai
00:19dalam perundingan terdahulu terhadap beberapa isu utama.
00:23Menurut laporan Anadolu Agensi, rundingan berkenaan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara Pakistan dengan perbincangan teknikal tertumpu kepada usaha
00:31memutamatkan perkara-perkara teras.
00:34Kenyataan itu memaklumkan bahawa antara fokus utama rundingan ialah pelepasan aset Iran yang dibekukan yang dijadikan tuntutan utama Tehran dalam
00:42perbincangan dengan Washington.
00:44Amerika Syarikat dilaporkan telah bersetuju secara prinsip terhadap tuntutan berkenaan menurut sumber yang dipetik media Iran.
00:51Selain itu, rundingan turut menyentuh perkembangan di Lubnan, khususnya situasi keselamatan di bahagian selatan negara itu yang masih menyaksikan serangan
00:59berterusan walaupun terdapat pengurangan ketara dalam tahap pemusuhan secara keseluruhan.
01:04Speaker Parlimen Iran Bagir Khalibaf bersama pasukannya termasuk Menteri Luar Abbas Arachi dan Timbalan Pengurusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Ali Bagiri
01:14Kani dilaporkan tiba di Islamabad awal Sabtu bagi menyertai proses rundingan tersebut.
Comments

Recommended