Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Penganalisis menjangka FBM KLCI berpotensi melepasi 1,700 minggu depan disokong sentimen lebih baik, aliran masuk dana asing dan harga Brent yang stabil bawah AS$100 setong. Pasaran turut memantau perkembangan konflik Asia Barat serta rundingan AS-Iran.
Transcript
00:00Indeks utama Bursa Malaysia dijangka melepasi para psikologi 1,700 pada minggu depan didorong oleh sentimen lebih kukuh selain harga
00:08minyak lebih stabil, kata penganalisis.
00:11Faktor pendorong lain adalah momentum luaran serta situasi ketidaktentuan yang semakin reda selain aliran masuk dana asing.
00:21Menurut pengarah strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA Sendirian Berhad, Mama Siddiq Jantan, kedudukan pelabur dilihat kini lebih konstruktif ketika risiko
00:29konflik Amerika Syarikat dan Iran diteliti semula dengan niaga hadapan minyak mentah brand lebih stabil di bawah $100 setong sejak
00:37rabu.
00:37Keadaan itu katanya membantu dari segi inflasi bagi tempoh terdekat dan mengurangkan impak susulan.
00:43Beliau berkata aliran peningkatan berterusan ekuiti Amerika bagi tujuh sesi betul-betul sebelum ini juga berkemungkinan melimpah ke pasaran pesat
00:51membangun yang memaparkan momentum berterusan dan bukannya bersifat pemulihan semula secara sementara.
00:58Paparan sedemikian turut menjadi isyarat peningkatan asas serta pemulihan minyak risiko di peringkat global.
01:03Mama Siddiq berkata pelabur asing juga telah beralih sebagai pemuli bersih di Bursa Malaysia setakat Khamis selepas dengan aliran masuk
01:10bagi tempoh selasa hingga Khamis turut menunjukkan penglibatan semula yang awal namun ketara dalam ekuiti Malaysia.
01:17Perubahan ini jelasnya berlaku selepas aliran keluar dana asing yang berterusan dan menunjukkan dana global mula mendeliti semula kedudukan masing
01:24-masing selepas risiko luaran dilihat makin stabil.
01:27Bagi minggu baru berakhir, Bursa Malaysia menyaksikan dagangan dalam julat kecil yang menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah konflik
01:36Asia Barat.
01:37Selain itu, bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, FBM KLCI susut 4.19 mata kepada 1,691.31 daripada 1,695
01:47.50 minggu lepas.
01:49Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 15.14 bilion unit bernilai 14.39 bilion ringgit daripada 17.79 bilion unit bernilai
02:0018.83 bilion ringgit seminggu sebelumnya.
Comments

Recommended