00:00Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan hasrat untuk mencapai perjanjian damai sebenar dengan Lubnan ketika rundingan diplomatik dijadual berlangsung di
00:08Washington.
00:09Menurut Netanyahu, rundingan itu hanya akan dicapai dengan dua syarat iaitu pelucutan senjata Hezbollah dan perdamaian jangka masa panjang.
00:46Menurut pegawai Israel dan Lubnan, Duta Israel ke Amerika Syarikat Yuchi Litter dan rakan sejawatannya dari Lubnan, Nada Hamadeh Mu
00:54'awad, dijadual mengadakan perbincangan pada selasa depan.
00:57Namun, kedua pihak mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai skop rundingan tersebut.
01:02Lubnan memaklumkan bahawa kedua-dua duta telah mengadakan perbualan telefon pada Jumaat dan bersetuju untuk membincangkan pengumuman gencatan senjata dan
01:11penetapan tarikh bagi rundingan dua hala di bawah pengantaraan Amerika Syarikat.
01:16Bagaimanapun, kedutaan Israel di Washington memaklumkan pertemuan itu akan menandakan permulaan rundingan damai rasmi.
01:22Ia telah menegaskan bahawa Israel menolak untuk perbincangan gencatan senjata dengan kumpulan Hezbollah.
01:28Israel dan Amerika Syarikat mendakwa operasi ketenteraan terhadap kumpulan militan Hezbollah di Lubnan adalah berasingan daripada gencatan senjata Iran Amerika
01:37Syarikat yang diumumkan sebelum ini.
01:39Beberapa jam selepas gencatan senjata Iran Amerika Syarikat diumumkan, Israel dilaporkan melancarkan serangan paling besar sepanjang perang di Lubnan yang
01:48mengorbankan lebih 350 orang dalam serangan mengejut di kawasan padat penduduk.
Comments