Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Amerika Syarikat memulakan operasi membersihkan Selat Hormuz, laluan perkapalan strategik dunia. Presiden Donald Trump berkata operasi itu bertujuan membantu kestabilan perdagangan global, ketika rundingan AS–Iran sedang berlangsung di Islamabad di tengah gencatan senjata sementara dua minggu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, Presiden Donald Trump mendakwa Amerika sedang memulakan operasi pembersihan Selat Hormuz sebagai usaha membantu kestabilan perdagangan dan keselamatan
00:10tenaga dunia.
00:11Dalam hantaran di True Social, Trump berkata operasi berkenaan bertujuan memastikan laluan strategik itu kembali selamat untuk pelayaran komersial antarabangsa
00:19termasuk bagi kepentingan negara-negara utama pengguna tenaga.
00:23Menurutnya, pembersihan ini sebagai bantuan kepada negara-negara di seluruh dunia termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Perancis, Jerman dan banyak
00:32lagi.
00:33Trump menegaskan bahawa periuk api laut merupakan satu-satunya ancaman yang masih wujud terhadap kapal-kapal di Selat Berkenaan sambil
00:40mendakwa bahawa kesemua 28 kapal penabur periuk api milik Iran kini berada di dasar laut.
00:45Kenyataan Trump itu dikeluarkan ketika delegasi Amerika Syarikat dan Iran sudah mengadakan rundingan yang diperantarakan Pakistan di Islamabad dalam usaha
00:56menamatkan konflik serantau yang lebih luas.
00:58Perbincangan tersebut berlangsung di tengah-tengah gencatan senjata sementara selama dua minggu yang diusahakan awal minggu ini ketika ketegangan ketenteraan
01:06di Asia Barat mula menunjukkan tanda-tanda mereda.
Comments

Recommended