00:00Jabatan Kerja Raya Sarawak mencatatkan tahun paling cemerlang pada 2025 apabila berjaya menyiapkan 8 jambatan ikonik dan hampir 1,795 km jalan raya di seluruh wilayah itu.
00:15Timbalan Premier Sarawak Dato' Ahmad Douglas Uga'embas berkata penyiapan infrastruktur utama termasuk menunjukkan tanda kecekapan dengan kadar perbelanjaan pembangunan mencecah 97.39%.
00:45Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata,
01:15keupayaan JKR Sarawak telah diakui kerajaan persekutuan apabila jabatan itu diberi kepercayaan melaksanakan projek di bawah AP 182 bagi nilai RM50 juta ke bawah sekaligus mencerminkan keupayaan teknikal, kecekapan pelaksanaan dan tatbik urus yang kukuh.
01:31Tambahnya keupayaan tersebut disokong melalui pendekatan pendigitalan infrastruktur yang komprehensif termasuk penggunaan teknologi BIM, sistem pemantauan berasaskan kecerdasan buatan AI, data analitik pintar, lidah dan dashboard digital bagi memastikan perancangan, pemantauan serta penyampaian projek dilaksanakan secara lebih cekap, mampan dan berteraskan data.
01:56Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menyampaikan amanat sempena JKR Sarawak Grand Excellence Gala 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kucing, BCCK pada Jumaat.
Comments