Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal laporan media mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim menafikan Malaysia telah menyerahkan tanah seluas 5,207 hektare kepada Republik Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan, berhampiran sempadan Sabah, Kalimantan.
00:16Dalam jawapan ringkasnya, Anwar berkata, Malaysia masih menjalankan rundingan dengan Indonesia berhubung isu pengukuran sempadan darat berkenaan.
00:30Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penghadiri karnival kebudayaan Madani dan kenduri rakyat Pulau Pinang 2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pematang Pasir pada Sabtu.
00:43Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Sri Atta Joseph Kurup dilaporkan berkata,
00:50dawaan berhubung perkara tersebut adalah tidak tepat selain penyelesaian isu persempadanan darat antara Malaysia dan Indonesia dibuat tanpa berlandaskan prinsip timbal balik, pampasan atau untung rugi.
01:02Katanya, rundingan berkaitan penandaan dan pengukuran di kawasan isu sempadan tertunggak dilaksanakan secara harmoni antara kedua-dua negara selaras dengan undang-undang terbangsa dan perjanjian sempadan sediada.
01:15Pada 22 Januari lalu, Berita Detik melaporkan tiga perkampungan Indonesia di Kabupaten Nunukan, wilayah Kalimantan Utara, kini berada dalam wilayah Malaysia.
01:27Susulan beralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.
01:30Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Badan Pengurusan Sempadan Indonesia BNPP, Komisioner General Polis Makruzi Rahman dalam mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat DPR Indonesia di Jakarta Pusat.
01:44Beliau berkata, tiga outstanding boundary problem OBP atau isu sempadan telah dipersetujui secara rasmi melalui pembenteraian memorandum persefahaman pada mesyuarat bersama Indonesia Malaysia ke-45
01:58yang berlangsung di Pulau Sebatik pada 18 Februari 2025.
Comments

Recommended