00:00Sebutir bom aerial jenis Unexploded Ordinance UXO yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua ditemukan di sebuah kebun di Felda Bukit Senggih Nyalas di Jasin pada Jumaat.
00:13Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendent Lee Robert berkata, bom berkenaan ditemukan oleh seorang pekerja kebun lelaki berusia 53 tahun ketika sedang melakukan proses penanaman semula pokok kelapa sawit di kebun berkenaan.
00:25Beliau berkata, pekerja kebun berkenaan kemudian membuat laporan berkaitan penemuan bom berukuran panjang 101.6 cm dan diameter 66.04 cm itu di balai polis Nyalas pada 12 tengah hari Jumaat.
00:42Hasil siasatan awal yang dijalankan unit persenjataan, Ibu Perjabat Polis Kontenja Melaka dan Ibu Perjabat Polis Daerah Jasin mengesahkan objek berkenaan ialah bom jenis Yuzo Aerial Bomb seberat 226 kg yang telah berkarat tetapi masih aktif.
00:57Susulan penemuan itu, operasi persiapan memusnahkan bom berkenaan dilakukan di kebun terlibat pada 2.45 petang sebelum bahan letupan itu dibusnahkan pada 6 petang.
01:07Operasi itu dijalankan melalui kaedah pemusnahan secara low order teknik bodi dan high order teknik booster.
01:14Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sembarang spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat dan ketenteraan awam.
Comments