Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak yang cuba mengheret polemik perkauman dan bahasa apabila mengulas Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, bertujuan memecahbelahkan masyarakat.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak yang cuba mengheret polemik perkawaman dan bahasa apabila mengulas rancangan pendidikan negara RPN 2026-2035 bertujuan memecah belahkan masyarakat.
00:14Katanya langkah reformasi pendidikan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini bertujuan melonjakkan mutu pendidikan negara bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.
00:25Terima kasih.
00:55Masalah negara kita, masa depan anak-anak kita, mutu pendidikan mereka, hampir seluruh negara di dunia, di ASEAN, hampir semua negara-negara di ASEAN bermulakan pengajian sekolah berumur enam tahun.
01:12Tapi bila kita cuba lakukan pelbagai reaksi, anak dia tak boleh lagi beri masih menyusu anak. Siapa menyusu berumur enam tahun, saya tak tahu.
01:23Beliau turut menjelaskan tiada paksaan kepada ibu bapa untuk menghantar anak mereka sesi persekolahan pada umur enam tahun kerana cadangan itu bersifat fleksibel.
01:33Mengulas lanjut, beliau berkata salah satu elemen reformasi penting dalam RPN 2026-2035 yang dilancarkan selasa lalu adalah proses penilaian prestasi murid sekolah rendah diawalkan kepada tahun empat,
01:45supaya mereka dapat dibantu lebih awal sebelum masuki pendidikan menengah.
01:50Tapi yang perlu kita lakukan, yang saya tegaskan perlu dajah empat supaya penilaian itu awal dan boleh diperbaiki dua tahun sebelum masuk tingkatan satu.
02:03Jadi saya harap kita terima baik kerana yang ditekankan itu ialah mutu pendidikan.
02:10Mengenai isu aliran pendidikan, katanya kerajaan tidak akan menyalahkan mana-mana aliran termasuk sekolah agama rakyat, sekolah antarabangsa atau Unified Examination Certificate UEC,
02:22sebaliknya menekankan keperluan penyelesaian menyeluruh dan adil.
02:25Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bangunan Tambahan Hospital Sebrang Jaya di Pulau Pinang pada Sabtu yang dibina dengan kos sebanyak RM371 juta.
Comments

Recommended