00:00Sebanyak 67 van siam atau ROK2 diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Kelantan sempena Ops Khas Tunggak dan Teknikal yang diadakan bermula 16 hingga 23 Januari lalu.
00:11Pengarah JPJ Kelantan Muhammad Miswari Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 42 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.
00:19Jumlah kenderaan yang telah diperiksa melibatkan 67 buah kenderaan. Kenderaan yang diambil tindakan sebanyak 42.
00:26Tiada ICP dengan notis P22, 2, bilangan saman baru ada 2, pamer ICP tidak mengikut kehendak, tidak serah ICP, tiada CDL,
00:44manakala kesalahan teknikal melibatkan cemin gelap, pemasangan tirai atau langsir serta lain-lain kesalahan teknikal.
00:52Untuk hari ini, kita telah mendapat hasil kutipan sebanyak RM6,750.
01:00Belum berkata sebanyak 60 notis saman, P22 dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas seperti tiada lesen, insurans tamat tempoh atau langgar peraturan jalan raya.
01:10Katanya antara kesalahan paling banyak adalah mempamerkan Permit Edaran Antarabangsa ICP tidak mengikut kehendak,
01:17iaitu sebanyak 23 notis selain kesalahan teknikal, membabitkan keseluruhan kutipan saman berjumlah RM6,750.
01:25Jelasnya sepanjang tahun lalu, 277 notis saman P22 melibatkan 182 saman pemandu dan 95 saman kenderaan dengan jumlah kutipan mencecah RM99,100.
01:36Belum berkata operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dan diharap pemilik serta pemandu dapat mematuhi undang-undang di negara ini.
Comments