00:00Dalam perkembangan sama, Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva mendakwa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sedang cuba mewujudkan PBB baru menerusi inisiatif Board of Peace. Lula berkata langkah itu berisiko menyaingi atau melemahkan peranan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu.
00:30Apa yang kita perlu tunjukkan kepada mereka adalah karakter kami dan dignitas kami. Kita tidak mempunyai guna tetapi kita mempunyai karakter dan dignitas kami dan kita tidak akan membuka kepala kepada orang-orang yang ingin.
00:46Trump melancarkan Board of Peace pada Kamis sebagai platform untuk menamatkan konflik antarabangsa bermula dengan Perang Gaza sebelum memperluaskannya kepada isu global lain.
00:56Trump memaklumkan beliau akan mempenguruskan lembaga itu dan telah menjemput puluhan pemimpin dunia untuk menyertai.
01:03Bagaimanapun, beberapa sekutu tradisional Amerika enggan menyertai selepas Trump menyatakan setiap ahli tetap perlu menyumbang $1 bilion Amerika.
01:12Inisiatif itu kini mencetuskan perdebatan baharu mengenai masa depan multilateralisme dan peranan PBB dalam menyelesaikan konflik global.
Comments