00:00Astro berjaya merangkul anugerah platinum di Putra Brand Awards 2025 sebanyak tujuh kali berturut-turut.
00:07Selain itu, dua jenama radio popular di bawah Astro turut mencatat kejayaan apabila era FM memenangi anugerah emas,
00:14manakala His FM merangkul anugerah gangsa bagi tahun kedua berturut-turut.
00:21Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro,
00:26Tai Kam Leong yang hadir bersama barisan kaki tangan bagi menerima anugerah berprestij berkenaan di Hotel Majestic pada Jumaat.
00:34Kam Leong menyatakan kejayaan tersebut adalah merupakan sebuah tanggungjawab dan amanah
00:39yang diberikan oleh masyarakat kepada Astro sebagai jenama media terkemuka di Malaysia.
00:44Tambahnya Astro percaya ekonomi kreatif Malaysia termasuk semua bakat, pengarah, penulis skrip dan pengiat industri
01:08perlu terus dipupuk dan diberi ruang untuk berkembang.
01:12Malah Astro harus terus berperanan dalam memajukan sektor perniagaan di Malaysia
01:16dengan mengangkat jenama-jenama mereka.
01:19Belum berkata demikian ketika diwawancara bersama Astro Awani.
Comments