Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pelaburan bernilai hampir RM300 juta yang dikaitkan dengan seorang individu bergelar Tan Sri.
Transcript
00:00Seruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM membuka dua kertas siasatan berhubung dawaan penyelewengan dana pelaburan bernilai hampir RM300 juta yang dikaitkan dengan seorang individu bergelar Tanseri.
00:13Menurut sumber, SPRM telah menahan dua individu serta menggeledah lima premis sekitar lembah kelang pada Rabu dan Khamis lepas bagi membantu siasatan kes berkenaan.
00:22Siasatan Awang mendapati antara 2021 hingga 2024 sejumlah hampir RM300 juta berjaya dikutip daripada kira-kira 1,700 pelabur bagi tujuan pelaburan ke atas dua buah syarikat.
00:38Bagaimanapun, siamakan mendapati dana yang dikutip dipercayai telah diseleweng dan dibelanjakan untuk tujuan selain daripada yang dipersetujui dalam perjanjian dengan para pelabur.
00:47Sumber berkata, Tanseri Terbabit disyaki menggunakan kedudukan serta pengaruhnya untuk menarik minat dan meyakinkan orang ramai supaya melabur dalam skim berkenaan.
00:57Sementara itu, Ketua Pesudujaya SPRM Tanseri Azam Baki mengesahkan siasatan kini memfokuskan kepada jejak aliran dana yang diseleweng bagi tujuan pemulihan.
01:07Siasatan ini terlalu melibatkan kepakaran bahagian analisa kewangan SPRM dan bahagian penjagaan pengubahan wang haram SPRM.
01:14Menurutnya, setakat ini 14 akaun individu dan syarikat telah dibukukan bagi membantu proses siasatan serta mengekang sebarang pergerakan dana yang disyaki berkaitan.
01:25Jelasnya, SPRM masih menunggu malam balas pihak bank berhubung baki akaun berkenaan dan menjangkakan lebih banyak akaun yang akan dibukukan selepas proses menjejak aliran wang selesai dilaksanakan.
01:35SPRM menegaskan komitmen untuk melaksanakan siasatan secara profesional dan tegas memandangkan kes ini melibatkan jumlah wang yang besar serta kepentingan awam.
01:45Media sebelum ini melaporkan SPRM memperoleh kebenaran perintah hariman selama empat hari bermula semalam terhadap Tanseri berkenaan di Mahkamah Putrajaya bagi membantu siasatan lanjut.
01:55Tanseri berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam itu ditahan selepas tiba di Ibu Pejebat SPRM di Putrajaya pada Rabu.
Comments

Recommended