Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Penganalisis politik UMS, Dr. Syahruddin Awang Ahmad, menjelaskan bagaimana politik dinasti dan legasi Allahyarham Bung Moktar Radin dijangka mempengaruhi keputusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Analisis mendapati pengundi tegar masih cenderung kepada kesinambungan kepimpinan Barisan Nasional.
Transcript
00:00Politik dynasty dijangka mainkan peranan penting dalam mempengaruhi pilihan pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Dun Lamak.
00:09Menurut penganalisis politik pensyarahkanan perhubungan awam UMS Dr. Syahrudin Awang Ahmad,
00:15sebagian besar pengundi tegar di kawasan terbabit mungkin akan cenderung untuk kekalkan kesenambungan kepimpinan keluarga Allah Yarham Bung Muhtaraddin.
00:23Kajian kami menunjukkan bahawa politik dinasti atau politik naungan yang berdasarkan individu wolot dalam parti-parti politik tradisional seperti barisan nasional
00:38memang mempengaruhi sebilangan besar pemikiran dan cara mereka membuat pilihan di satu-satu kawasan.
00:44Dan untuk Parlimen Kinabatangan dan juga Dun Lamak ini demikianlah juga.
00:50sebilangan besar pengundi tegarnya akan ada keinginan ataupun ciri-ciri untuk mengekalkan Naim Mokhtar
00:59sebagai legasi Al-Irham Datuk Seri Panglima Bung Muhtaraddin.
01:05Begitulah juga di peringkat Parlimen, di peringkat Dun, kalaupun bukan Bung Muhtar atau legasinya,
01:12pihak yang membawa bendera barisan nasional itu.
01:15So, dengan kata lain, politik dinasti, politik personaliti, malah politik naungan itu adalah sebahagian daripada keperluan dalam menjayakan kempen barisan nasional.
01:27Malah mungkin juga untuk parti-parti lain pada suatu ketika nanti kalau bukan BN yang menguasai kerusi tersebut.
01:34Dr. Syaruddin menambah politik dinasti merupakan sebahagian daripada strategi kempen bukan sahaja bagi barisan nasional tetapi juga parti lain.
01:44Boleh berkongsi pandangan dalam rancangan awal pagi pada Sabtu.
Comments

Recommended