00:00Nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Upsi pada 9 Jun 2025 berpunca daripada beberapa kelemahan serius dalam aspek keselamatan, penyelenggaraan dan pematuhan peraturan pengangkutan darat.
00:15Perkara itu didedahkan melalui laporan akhir Siasatan Kementerian Pengangkutan yang dikeluarkan pada Jumaat.
00:22Menurut laporan itu, berlaku kegagalan sistem brake pada bas terbabit meskipun sebelum kejadian kenderaan berkenaan lulus pemeriksaan berkala Puspakom.
00:35Pemeriksaan lanjut menepati salah satu brake belakang gagal berfungsi dengan berkesan akibat kehausan komponen serta ketebalan drum brake yang berada di bawah spesifikasi minimum pengeluar.
00:48Jelas laporan itu lagi, ujian statik semata-mata tidak mampu mengesan masalah prestasi brake ketika operasi dinamik, khususnya di laluan berbukit yang memerlukan penggunaan brake berterusan.
01:02Kedahan komponen brake yang tidak menepati spesifikasi menyebabkan fenomena brake fade iaitu pengurangan kuasa untuk memperlahankan kelajuan kenderaan.
01:11Seterusnya, laporan akhir itu turut menedahkan bas berkenaan diselenggara oleh bengkel yang tidak tersenarai sebagai bengkel bertahuliah termasuk melibatkan kerja-kerja kritikal pada sistem brake.
01:25Siasatan juga mendapati lesen memandu salah seorang pemandu bas telah tamat tempoh sejak tahun 1998 dan tidak diperlebarui.
01:33Rekod saman juga menunjukkan kewujudan pelbagai saman trafik yang masih aktif terhadap pemandu terlibat.
01:42Laporan turut menyebut bas persiaran terbabit didapati tidak dilengkapi tali pinggang keselamatan di tempat duduk penumpang.
01:50Ketidaan ciri keselamatan asas itu meningkatkan tahap kecederaan dan kematian penumpang apabila bas berkenaan terbabas dan terbalik selepas hilang kawalan.
Comments