Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Terdahulu tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dirotan dan dibaling kerusi di sebuah rumah di Petaling Jaya.
Transcript
00:00Kanak-kanak lelaki yang didakwa di rotan dan dibaling dengan kerusi oleh bapa saudaranya, kini di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
00:09Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Huiying berkata, JKM mengambil tindakan segera selepas melawat keluarga kanak-kanak tersebut.
00:18Kes ini JKM telah pun masuk campur, telah pun pergi. Sekarang anak lelaki yang di rotan itu telah dibawa perlindungan JKM.
00:30Sekarang beliau berada di hospital. Jadi JKM telah melakukan sebarang semua maklumat telah diambil.
00:39Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tanjung itu berkata pihaknya akan bekerjasama dengan polis diraja Malaysia bagi memastikan siasatan terhadap bapa saudara mangsa berjalan lancar.
00:49Pihaknya juga akan terus memantau keadaan kanak-kanak tersebut yang dilaporkan dalam keadaan stabil.
00:55Sebelum ini, tulah video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki di rotan dan di baling kerusi di sebuah rumah di Petaling Jaya.
01:03Susulan itu polis menahan bapa saudara mangsa berusia 38 tahun pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan.
01:10Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Syamsuddin Mamad, kejadian dipercayai berkunca daripada mangsa yang berusia antara 8 hingga 11 tahun itu bertindak melawan ibu kepada suspek.
Comments

Recommended