Skip to playerSkip to main content
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengakui tanggungjawab yang ditanggung adalah berat. Namun, beliau bertekad untuk melakukan yang terbaik, di samping mengakui ada kepuasan yang dirasai apabila berjaya laksanakan dasar pendidikan yang memberikan keadilan. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Terfokus kepada YB, Fadlina Siddiq.
00:03Saya rasa ramai orang di luar sana bersimpati dengan sesiapa sahaja yang duduk di kerusi Menteri Pendidikan.
00:08No one envy me.
00:09Kerana Menteri Pendidikan antara portfolio yang paling mencabar.
00:12Pada saya ialah portfolio kedua mencabar selepas Perdana Menteri.
00:15Apa sahaja kerajaan, apa sahaja parti, apa sahaja zaman Menteri Pendidikan antara yang paling diperhati, scrutinize.
00:22Jadi, empathy dan simpati itu adalah sikit.
00:24Memang ialah tugas yang saya agak suka.
00:26Sepanjang 2-3 tahun lepas, bagaimana YB menilai diri YB di kerusi KPM ini?
00:36Suka nak jawab soalan itu.
00:38Kena menilai diri sendiri kan.
00:39Tapi, mungkin saya boleh bagi refleksilah, Luqman.
00:43Satu, 25 adalah tahun yang paling tough untuk saya.
00:46Banyak ujian kita lalui.
00:49Tetapi, dalam masa yang sama juga, mengambil iktibar itu sangat penting.
00:53Dan bagaimana kita mengambil sikap proaktif terhadap apa sahaja kritikan-kritikan itu.
00:59Dan saya jujurnya memang mengambil setiap kritikan itu sebagai satu cabaran untuk membuat dan menjadikan saya lebih baik.
01:06Maksudnya, I have to do better than this.
01:10Dan ia adalah satu pengalaman bagi saya yang melihat bahawa setiap kali bangun pagi itu adalah soal melakukan yang terbaik untuk anak-anak kita.
01:19Jadi, apa yang motivate me is always the children.
01:23Bila orang tanya apa yang membabkan YB boleh bangun setiap pagi, adalah kerana kita sentiasa memikirkan anak-anak kita bagaimana untuk memastikan bahawa mereka ini tidak terpinggir.
01:34Memastikan bahawa apa lagi yang kita belum cukup lakukan untuk mereka.
01:38Jadi, saya fikir untuk empat tahun ini banyak perkara yang saya secara positifnya saya ambil dengan penuh makna untuk menambah baik.
01:54Dalam masa yang sama sebenarnya Luqman, Luqman sebut dia adalah jawatan paling tough selepas.
02:01Yang paling, antara paling tough.
02:03Saya harus akui juga hakikat itu kerana memang tough Luqman.
02:08Tapi dalam masa yang sama, saya rasa satisfaction itu ada.
02:14Satisfaction itu apabila dasar yang kita buat itu, ia memberikan keadilan dan juga dari sudut yang lain juga mengangkat martabat anak-anak kita.
02:27Satisfaction.
02:28Sejujurnya, sejujurnya, apabila PM mengumumkan rombakan kabinet baru-baru ini, kita tak dapat nafikan bahawa ramai yang berspekulasi,
02:39ok, antara yang mungkin akan ditukar adalah kementerian pendidikan. Itu kita perlu jujur.
02:43Mungkin ada satu lagi kementerian atau dua lagi kementerian yang betul.
02:47Tetapi, ada juga yang terkejut, tidak ada perubahan pendidikan.
02:50Ada yang pleasantly surprised, kita belum akui. Ada yang ramai juga yang ikhtiraf.
02:53Jadi, bagaimana YB membuktikan bahawa I deserve to be here still and I will prove all them wrong?
03:02You see, saya mungkin, dia bukan I deserve to be here Luqman.
03:10Dia lebih kepada, ini takdir Allah Ta'ala yang meletakkan saya di sini.
03:18Dan ada satu kepercayaan saya yang cukup tinggi bahawa apabila takdir itu meletakkan saya di situ,
03:26saya harus hadap ia dengan segala kekuatan yang saya ada.
03:31Jadi, mengekalkan saya itu, saya anggap satu takdir yang untuk saya melakukan lebih baik daripada sebelum ini.
03:41Saya minta maaf kalau ada yang maknanya kecewa dengan keputusan itu.
03:45Tidak perlu minta maaf di sini. Bukan saya.
03:48Orang ramai ada berbeza pendapat.
03:50Ya, tapi saya rasa apa yang sedang kita lakukan ini adalah memang apa yang kita fikirkan yang terbaik untuk negara dan rakyat.
Comments

Recommended