00:00PAS menyangkal dakwaan, kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus kekal sebagai pengerusi Perikatan Nasional PN.
00:08Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini tiada keputusan muktamad dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan itu.
00:30Abdul Hadi menjelaskan keputusan berhubung perkara itu dijangka diputuskan dalam tempoh seminggu dua lagi.
00:51Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengurusi PN berkuatkuasa 1 Januari lalu.
00:59Susulan itu timbul pelbagai spekulasi mengenai calon pengganti dengan antara nama yang disebut-sebut termasuklah Abdul Hadi sendiri dan juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
01:11Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan siapa bakal mengisi kekosongan itu dengan ada laporan mendakwa PAS gagal menamakan calon pengurusi PN yang menguatkan lagi spekulasi kononnya Muhyiddin bakal kekal mengetuai gabungan politik itu.
Comments