00:00Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, NRES, untuk menyediakan laporan menyeluruh berhubung dakwaan tiga kampung di Indonesia, kini termasuk dalam wilayah Malaysia.
00:13Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadil berkata, kenyataan penuh daripada pihak NRES dijangka dikeluarkan sama ada hari ini atau selewat-lewatnya Isnin.
00:24Beliau berkata demikian dalam sidang mingguan di Putrajaya pada Jumaat.
00:27Semalam dalam beberapa media di negara kita ada membuat laporan berdasarkan laporan media dari negara jiran berkenaan tiga kampung yang berada di wilayah Indonesia,
00:46kini dikatakan telah termasuk sebahagiannya ke dalam wilayah Malaysia.
00:53Dan Jumaat Menteri telah membincangkan perkara ini dan memandangkan ia ada menyentuh isu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ataupun JUPEN,
01:06maka pihak NRES telah diminta untuk susuli dengan kenyataan yang lebih penuh.
01:11Jadi untuk rakan-rakan media, nantikan kenyataan penuh daripada pihak NRES.
01:17Mungkin pada hari ini ataupun paling lewat hari Isnin.
01:21Dia ada melibatkan siri perbincangan di antara kedua-dua negara dan proses ini adalah proses yang lama.
01:29Bukan semua yang dilaporkan itu adalah tepat.
01:33Jadi kita tunggu kenyataan penuh daripada pihak NRES nanti.
01:37Terima kasih.
Comments