Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 ditarik balik untuk penambahbaikan sebelum dibentangkan semula di Parlimen.
Transcript
00:00Rang Undang-Undang RUU Pembaharuan Semula Bandar URA 2025 ditarik balik untuk penambahbaikan sebelum dibentangkan semula di Parlimen.
00:09Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadil berkata,
00:14keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen termasuk UMNO serta maklum balas pelbagai pihak berkepentingan.
00:23Jadi ada beberapa perkara kita akan teliti untuk tambahbaik.
00:26dan yang berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sendiri telah memaklumkan daripada pihak UMNO ada sejumlah cadangan yang telah diterima
00:36dan banyak daripada cadangan ini hampir kesemuanya nanti akan dimasukkan dalam draft yang baru.
00:44Jadi hasratnya adalah untuk memurnikan proses itu dan menambah baik Rang Undang-Undang setelah menerima pelbagai maklum balas termasuk dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.
00:53Setakat ini katanya Jemaah Menteri juga masih tidak dapat memberi kata putus
00:58bila RUU ini akan dibentang semula kerana prosesnya dijangka mengambil masa panjang.
01:03Proses untuk menghasilkan draft Rang Undang-Undang yang baru itu kita serahkan kepada Jabatan Peguaman Negara
01:14tapi mungkin setelah proses itu bermula Jemaah Menteri akan diberikan sedikit taklimat
01:21tapi sebelum ia ke Jabatan Peguaman Negara
01:25draft yang baru pertama mesti dibawa juga kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan.
01:32Jadi kita jangkakan dia akan makan sedikit masa.
01:36Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan di Putrajaya pada Jumaat.
01:40Sebelum ini RUU-URI telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Kuo Ming
01:45dengan tujuan memastikan kawasan perumahan lama yang Uzo, Daif dan Usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang,
01:54adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended