Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
UMNO kekal tegas tidak menolak pembangunan bandar, namun Setiausaha Agungnya Datuk Asyraf Wajdi berkata, parti itu berpandangan Rang Undang‑Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) perlu diperbaiki dan ditambah baik demi kepentingan rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, setiusaha agung UMNO, Datuk Ashraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu sama sekali tidak menentang sebarang pembangunan bandar.
00:09Bagaimanapun, UMNO berpandangan rang undang-undang pembaharuan semula bandar URA perlu diperbaiki dan ditambah baik.
00:16Tegasnya lagi, UMNO mahu kerajaan melihat 14 syuruh cadangan daripada konvensyen pembaharuan semula bandar anjuran parti itu pada 3 Oktober lepas bertujuan penambahbaikan.
00:30Dalam satu kenyataan, beliau berkata beberapa pindaan perlu diperhalusi seperti dicadangkan oleh jawatan kuasa khas UMNO mengenai URA yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
00:42Beliau berkata jawatan kuasa khas tersebut telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk konvensyen pembaharuan semula bandar pada 3 Oktober 2025 lepas.
00:52Tegasnya lagi, UMNO berpandangan bahawa RUU URA hanya wajah dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira.
01:03Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri yang menarik balik RUU tersebut daripada jadual pembentangan.
01:12Terima kasih.
Comments

Recommended