Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Penduduk Kampung Kuamut terpaksa meredah perjalanan dengan menaiki bot sehingga enam jam demi melaksanakan tanggungjawab mengundi.
Transcript
00:00Demi melaksanakan tanggungjawab mengundi, penduduk kampung Kuamut terpaksa menaiki bot sehingga 6 jam untuk sampai ke pusat mengundi.
00:09Demikian, realiti yang masih dihadapi penduduk kampung pendalaman berkenaan memandangkan penempatan itu masih tidak dihubungkan dengan jalan raya.
00:19Pinjauan Awani Bonio pada pagi Jumaat mendapati kira-kira 20 orang pengundi dilihat menunggu bot sambil membawa barangan keperluan dan bekalan asas.
00:27Kebanyakan mereka bekerja disanakan atau menetap di Bukit Garam namun tetap pulang demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
00:35Perjalanan kami pada hari ini melalui perahu ikut sungai dan memakan masa lebih kurang 6 jam baru sampai ke Kuamut.
00:44Dari Sendakan ke Bukit Garam, tidur satu malam. Lepas itu baru pergi kampung Kuamut untuk mengundi.
00:52Kalau di Kuamut terpaksa bermalam juga. Habis perjalanan kembali petang hari ini, petang belum sampai.
01:01Jadi mesti bermalam untuk mengundi dan selepas mengundi pun masih bermalam di Kuamut.
01:07Kampung Kuamut mempunyai 813 pengundi berdaftar namun hanya sekitar 300 penduduk yang masih menetap di kampung tersebut
01:15manakala selebihnya berhijrah untuk mencari pekerjaan, akses pendidikan dan kesihatan yang lebih baik.
01:22Walaupun terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh melalui sungai, namun penduduk di sini tetap bersemangat untuk pulang ke kampung
01:29bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu.
01:32Walaupun dalam keadaan yang begitu, keadaan kuamutkan, kami mengharap-haraplah setiap calon yang akan kami pilih
01:42dan calon yang akan menang nanti, dia akan dapat mengubah keadaan kuamutkan.
01:48Terutama sekali dari segi jalan raya.
01:52Kami memilih calon, calon yang boleh membawa perubahan.
01:56Bukan calon yang hanya sekadar selama 5 tahun keluar.
01:59Selain kekangan jalan raya, penduduk turut berdepan cabaran dari segi pendidikan,
02:05memandangkan hanya satu sekolah rendah sahaja dibuka di kampung kuamut.
02:10Manakala demi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik,
02:13warga emas terpaksa berpindah ke Bukit Garam untuk berada lebih dekat dengan hospital.
Comments

Recommended