00:00Sabah bakal menjadi pusat bagi Darul Ifta yang menjalankan program penyelidikan serta latihan kefatwaan dan rujukan keilman Islam serantau.
00:10Langkah ke arah itu telah bermula menerusi Pementerian Perjanjian Persefahaman MOU antara Kerajaan Sabah dan Darul Ifta Mesir di Kahirah.
00:18MOU ditandatangani Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga SKU Agama, Datuk Muhammad Arifin Muhammad Arif
00:24dengan Mufti Kerajaan Mesir Prof. Dr. Nazir Muhammad Ayad di Pejabat Darul Ifta Kahirah.
00:32Susulan Pementerian itu, jawatan kuasa pelaksanaan MOU akan diwujudkan segera bagi memastikan pelaksanaan kerjasama itu dan mengenalpasti perancangan lain dalam memperkasa kerjasama kedua-dua pihak.
00:44Antara kerjasama strategik yang diberi perhatian adalah program kursus kefatwaan mahasiswa Sabah yang sedang mengikuti pengajian di Mesir.
00:52Pada masa sama, pihaknya akan mencari jalan bagaimana pelajar Sabah yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Al-Asha Kahirah
01:00dan tamat pengajian mereka dengan memperoleh dua sijil iaitu ijazah dan sijil diploma kefatwaan.
01:07Muhammad Arifin juga yakin jawatan kuasa bersama itu akan dapat merealisasikan Sabah sebagai pusat bagi Darul Ifta
01:13kerana pemikiran dan aliran yang dilaksanakan di Darul Ifta, Mesir sangat sesuai dengan suasana di peringkat serantau khasnya Malaysia
01:20kerana asas kukuh mereka adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan menolak unsur ekstrim.
01:26Terima kasih kerana menonton!
Comments