00:01Apabila kita awalkan sistem pendidikan, walaupun niatnya baik, kita perlu lihat apa yang datang sebelum anak-anak ini masuk ke dajah satu, iaitu sistem prasekolah.
00:13Kita perlu lihat bagaimana sistem prasekolah di Malaysia pada hari ini.
00:18Ia tidak accessible kepada semua.
00:20Walaupun kajian menunjukkan Malaysia memulukan sekurang-kurangnya 40,000 prasekolah, yang ada di Malaysia tak sampai 4,000.
00:272 dari 3 prasekolah tidak berdaftar ataupun dilihat sebagai tidak berkualiti.
00:33Dan yang berdaftar, kosnya teramat tinggi.
00:38Dengan itu, anak-anak yang mampu masuk ke prasekolah ini lazimnya datang daripada keluarga M40 di peringkat atas ataupun T20.
00:48Di mana kini mereka akan diberikan kelebihan yang signifikan.
00:52Apabila pendidikan diawalkan setahun, keupayaan mereka yang datang berkeluarga susah, anak-anak yang tidak melalui sistem prasekolah ini,
01:01kerana tercicir atau tidak mampu, jauh tergelincir ke belakang.
01:06Dan keupayaan mereka to play catch up itu akan terjejas dengan teruk.
01:12Saya dengar penjelasan Yang Bumat Menteri.
01:14Yang Bumat Menteri kata, jangan risau.
01:16Ini merupakan pilihan ibu bapa.
01:20Tan Sri yang dipertua, dijual sebagai pilihan.
01:24Tetapi pilihan yang diwarnai dengan tekanan dua derajat dan tekanan sistem kasta awal dalam pendidikan.
01:33Kenapa saya katakan ini pilihan berdasarkan kepada tekanan?
01:37Kita perlu lihat apa yang ibu bapa akan fikirkan.
01:41Adakah ibu bapa ingin memilih untuk tidak menghantar anak mereka dan anak mereka itu besar kemungkinan di label
01:49sebagai anak yang lembab, tidak cepat belajar, tidak lepas saringan diagnostik.
01:55Mestilah sebagai ibu bapa kita mahu our children to have an upper hand.
01:59Masuk awal, dapat pengalaman yang lebih baik.
02:02Kalau lambat pun mungkin boleh catch up jika dibandingkan dengan anak yang setahun lewat dan selepas itu ada stigma.
02:08Oh, ini budak lambat.
02:09Sebab itu anak saya masuk enam tahun, anak kamu masuk tujuh tahun.
02:12Saya tanya anak keluarga yang lain, jiran saya, oh kamu lepas ujian saringan.
02:17Alamak, anak saya tak lepas lah.
02:19Sebagai ibu bapa, mestilah mereka nak hantar anak mereka pada umur yang lebih muda.
02:24Kerana ada seperti dalam bahasa Inggeris yang namanya game theory.
02:27If you don't act first, you will be placed at a disadvantage.
02:30Ataupun stigma yang akan wujud di antara anak yang masuk lewat dan dilihat sebagai pelajar, minta maaf, labelnya pelajar yang lembab.
Comments