00:00Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDN menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS
00:05melaksanakan e-invoice secara sukarela kerana manfaatnya yang besar kepada operasi perniagaan
00:11dan kesediaan menghadapi ekonomi digital.
00:13Pengarah bahagian e-invoice sektor operasi cukai LHDN Dr. Rashidah Cik Rosli berkata
00:18pelaksanaan e-invoice melengkapkan proses peralihan pengurusan dokumentasi perniagaan
00:23daripada kaedah manual kepada digital sekaligus memberi nilai tambah kepada perniagaan.
00:30Menurut beliau, e-invoice menggantikan amalan tradisional yang bergantung kepada penyimpanan rekod fizikal
00:36seperti receipt, buku rekod manual dan file invoice yang terdedah kepada risiko kehilangan,
00:42rosak, tersalah catat dan memakan ruang penyimpanan.
00:47Beliau berkata rekod perniagaan secara fizikal juga mudah terjejas disebabkan faktor luaran
00:51seperti banjir, kebakaran dan kecurian yang boleh mengganggu kelancaran dan kemampanan operasi perniagaan.
00:58Dengan pelaksanaan e-invoice, semua malamat transaksi disimpan secara digital dan boleh dicapai semula
01:04pada bila-bila masa sekaligus membantu menyelesaikan masalah lazim dalam kalangan PMKS
01:09seperti rekod yang tidak konsisten, data bercampur-campur dan sukar disusun,
01:15kesilapan pengiraan urus niaga serta kesukaran menyediakan laporan kewangan.
01:20Mengulas kebimbangan peniaga kecil mengenai kos dan tahap penerimaan digital,
01:24Rashidah berkata, LHDN mengambil kira semua aspek itu dengan menyediakan platform e-invoice secara percuma.
01:31Beliau berkata peniaga tidak perlu mengeluarkan kos bagi pelaksanaan e-invoice,
01:36malah LHDN terutup membantu menampung kos operasi melalui penyediaan sistem MyInvoice EPOS
01:42yang membolehkan peniaga mengurus operasi perniagaan dan melaksanakan e-invoice secara digital.
01:49Menurut beliau, tanpa e-invoice sekalipun, peniaga masih memerlukan sistem digital bagi menguruskan perniagaan,
01:56justeru pendekatan ini diambil bagi mengelakkan berban kos tambahan kepada peniaga kecil.
02:02Dari segi penerimaan digital, beliau berkata LHDN memahami peniaga kecil memerlukan masa
02:07untuk menyesuaikan diri dan menyediakan sokongan secara langsung,
02:10termasuk pendekatan hands-on bersama pegawai LHDN bagi membantu pengaktifan dan pelaksanaan MyInvoice EPOS.
02:18Selain itu, kerajaan turut memberikan kelonggaran tempoh pelaksanaan e-invoice kepada peniaga kecil
02:23dengan tempoh 6 bulan dilanjutkan kepada 12 bulan bagi mengambil kira keupayaan dan kesiapsiagaan mereka.
Comments